KOTA KINABALU, 27 September 2026 — Semangat kesukanan dan kebersamaan komuniti terserlah apabila 44 pasukan mengambil bagian dalam Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Thony Chee initiative 2026 yang berlangsung dari 16 hingga 27 September 2026 di Padang kampung Lok Kurai,Pulau Gaya,Kota Kinabalu.
Kejohanan yang dianjurkan oleh Aidah & Brothers dengan sokongan Thonny Chee Initiative(TCI) sebagai penaja utama itu menghimpunkan pasukan daripada pelabagai komuniti, dengan sebagian besar peserta datang dari kawasan pulau selain pasukan dari sekitar Kota Kinabalu.
Penganjur kejohanan berkenaan bukan sahaja menjadi medan persaingan dalam sukan bola sepak, malah membuka ruang kepada masyarakat setempat untuk berkumpul, berinteraksi dna mengeratkan hubungan sesama komuniti.
Menurut pihak Aidah & Brothers, kejohanan itu dianjurkan dengan tujuan mengeratkan silaturahim dalam kalangan belia serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam komuniti setempat.
Sepanjang kejohanan berlangsung, suasana di Padang Kampung Lok Kurai turut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 500 hingga 800 orang sekitar penduduk kampung yang turut hadir memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.
Sokongan tersebut turut menyerahkan semangat komuniti dari kawasan pulau yang hadir untuk memberi dorongan kepada pasukan yang mnegambil bahagian, menjadikan kejohanan bukan sekadar pertandingan di atas padang tetapi turut menjadi ruang pertemuan dan kebersamaan masyarakat.
Selain menyaksikan perlawanan, penduduk setempat turut mengambil peluang untuk menjalankan aktivit ekonomi kecil-kecilan dengan beberapa gerai jualan dibuka sepanjang berlangsungnya kejohanan.
Pendekatan tersebut juga selari dengan usaha TCI meneruskan pelbagai inisiatif berasaskan komuniti, termasuk program TCI Well Health yang sebelum ini dilaksanakan di Kampung Kironggu Inanam, dengan memberi tumpuan kepada dalan kalangan komuniti.
Kejohanan itu menawarkan jumlah hadiah wang tunai keselruhan sebanyak RM 3,500 bagi pemenang utama, selain piala sebagai pengiktirafan kepada pasukan yang berjaya.
Mantap FC berjaya muncul sebagai juara selepas menentang Penghalang FC dalam perlawanan akhir, sekali gus melengkapkan perjlanan kejohanan yang berakhir dengan majlis penutupan pada 27 September 2026.
Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Thonny Chee Initiative 2026 memperlihatkan bagaimana aktivti sukan mampu menjadi wadah untuk menghimpunkan masyarakat daripada latar komuniti yang berbeza, khususnya melalui penglihatan pasukan dari kawasan pulau dan sekitar Kota Kinabalu.
Dengan penyertaan 44 pasukan serta sokongan ratusan penduduk,kejohanan berkenaan bukan sahaja menghidupkan suasana sukan di Kampung Lok Kurai, malah memerperkukuhkan hubungan komuniti melalui semangat kesukanan,gaya hidup sihat dan kebersamaan msyarakat.
Write by :
Marina Hiew , 27 Sept 2026